Justin Lin Tarik Diri Sebagai Pengarah 'Fast X' Selepas Beberapa Hari Penggambaran Bermula

Pengarah filem Fast X, Justin Lin yang sebelum ini pernah mengarahkan filem terawal francais Fast & Furious memilih untuk berundur sebagai pengarah filem kesepuluh Fast & Furious. Perkara ini mengejutkan ramai pihak apabila ianya diumumkan selepas beberapa hari filem Fast X menjalani penggambaran.



Justin Lin menulis tentang pengunduran dirinya sebagai pengarah melalui hantaran media sosialnya di Twitter dan Instagram. 


Buat masa ini, Universal Studios tidak lagi menamakan pengarah baru yang akan menggantikan Justin Lin. 

Justin Lin mengarahkan filem Fast and Furious sebagai filem pertama dalam francais ini dan kemudiannya kembali dengan filem Fast & Furious 4, Fast 5 dan Fast & Furious 6. Sebelum ini, Justin Lin dirancang bakal mengarahkan dua filem terakhir francais ini yang bakal menjadi penutup francais aksi terbesar Universal Studio.

Fast X akan menampilkan pelakon seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez dan juga wajah baru dalam francais tersebut seperti Brie Larson dan Jason Momoa. 

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan