Filem Dr. Strange and the Multiverse of Madness nampaknya mencetuskan kontroversi di negara-negara Arab. Sebelum ini, media melaporkan bahawa negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Kuwait dan Mesir sudah mengharamkan filem tersebut untuk ditayangkan. Terkini, wakil dari pengedar filem Arab Saudi menyatakan filem itu tidak diharamkan tetapi hanya ditarik balik buat sementara.
Menurut Nawaf Alsabhan, penyelia penapisan filem Arab Saudi menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah dengan 12 saat filem berkenaan yang memaparkan America Chaves bercerita tentang dua orang ibunya.
Namun, dia menegaskan yang mereka tidak bertindak mengharamkan filem berkenaan tetapi sebaliknya hanya menarik balik filem tersebut buat sementara waktu sehingga permintaan mereka ditunaikan oleh Disney.
There’s no reason to ban the film. It’s a simple edit…so far they have refused. But we haven’t closed the door.
Sebelum ini, negara Arab Saudi pernah mengharamkan filem Eternals dan juga West Side Story. Adakah ada sinar untuk filem Dr. Strange and the Multiverse of Madness di negara-negara Arab? Semuanya terpulang di tangan Disney.
Filem tersebut dirancang untuk ditayangkan di Arab Saudi mulai 5 Mei. Namun, ianya akhirnya dibatalkan.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan