'Doctor Strange In The Multiverse of Madness' Diharamkan Di Arab Saudi, Qatar dan Kuwait!

Filem Marvel Studio terbaru, Doctor Strange in the Multiverse of Madness kini dilaporkan sudah diharamkan di Arab Saudi dan Kuwait kerana memaparkan watak LGBT. Perkara ini dilaporkan oleh THR yang menyatakan bahawa keputusan itu dilakukan oleh badan penapisan negara tersebut kerana kemunculan watak America Chaves yang mana merupakan watak gay di dalam filem berkenaan.

Menurut sumber lagi, pihak pawagam di Qatar, Kuwait dan Arab Saudi tidak lagi menjual tiket pra-tempahan seperti yang sedang berlaku di negara lain. Namun, penduduk negara Emiriah Arab Bersatu masih lagi membuat pra-tempahan tiket filem berkenaan. 

Sebelum ini, filem Eternals diharamkan oleh negara-negara Arab kerana paparan LGBT dalam filem berkenaan. Malah, filem West Side Story juga diharamkan di negara-negara Arab kerana paparan transgende dalam filem berkenaan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan