Babak 12 Saat Punca Arab Saudi Haramkan 'Dr Strange in the Multiverse of Madness'

Rentetan daripada pengharaman filem Dr. Strange in the Multiverse of Madness di Arab Saudi, pihak penilai filem di negara tersebut akhirnya mendedahkan kenama filem tersebut diharamkan. Dr. Strange in the Multiverse akan memperkenalkan watak America Chavez yang mana merupakan simbol LGBT di dalam filem ini yang mendapat kritikan pelbagai pihak.

Penyelia klasifikasi filem di Arab Sauri, Nawaf Alsabhan menerusi The Guardian mendedahkan yang pihak klasifikasi filem negara tersebut hanya menghadapi masalah dengan 12 saat filem berkenaan yang merujuk kepada LGBT. Dalam 12 saat itu terkandung dialog yang memaparkan America Chavez bercakap tentang dua orang ibunya yang mana merupakan pasangan lesbian.

It’s just her talking about her moms, because she has two moms. And being in the Middle East, it’s very tough to pass something like this.

Disney telah diminta untuk membuang 12 saat tersebut. Namun, pihak Disney memberitahu pengedar filem tersebut yang mereka tidak akan memotong babak tersebut untuk negara Arab Saudi.

Dilabel sebagai filem seram pertama MCU, Dr. Strange in the Multiverse of Madness menyaksikan kembalinya Benedict Cumberbatch sebagai Dr. Strange. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan