40% Penonton Filem 'Black Widow' Menonton Melalui Medium Cetak Rompak!

Cetak rompak nampaknya memberi kesan besar terhadap filem Black Widow. Filem Black Widow antara filem MCU yang terkesan dengan pandemik yang sekaligus memaksa studio Disney untuk menunda filem tersebut beberapa kali dari Mei 2020 ke Julai 2021. Selepas itu, Disney memilih untuk melepaskan filem tersebut melalui platform penstriman Disney+ melalui servis Premier Access.


Keputusan itu mencetuskan kontroversi sehinggakan pelakon utama filem berkenaan, Scarlett Johansson bertindak untuk menyaman Disney. Walaupun ianya sudah diselesaikan, ternyata ianya situasi yang agak mencabar buat studio francais terbesar itu. 

Di Cinemacon, Cinepolis membentangkan bahawa 40% penonton menonton filem tersebut melalui medium cetak rompak manakala 41% menontonnya di pawagam. Mengejutkan apabila hanya 18% sahaja yang menonton melalui Disney+

Disney juga kehilangan USD600 juta disebabkan cetak rompak. Hal ini sekaligus memaksa Disney untuk menghentikan kaedah tayangan secara hibrid untuk filem-filem MCU selepas itu. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan