Polis Siasat Zul Ariffin Angkara Babak Panas Drama 'Perempuan Itu...'

Pelakon filem yang cukup terkenal dengan filem seperti J: Revolusi dan juga Sangkar, Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (KMM) akibat perbuatannya yang memuat naik klip panas drama Perempuan Itu di media sosial.



Menurut Kosmo Online, perkara itu didedahkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Mussa sendiri menerusi satu ciapan Twitter.

Proses undang-undang berjalan. Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana ‘posting’ YouTube yang menyalahi undang undang.

Adegan panas tidak dibenarkan sama sekali untuk tayangan tak kira di bulan Ramadhan mahupun bulan-bulan lain.

Drama Perempuan Itu... merupakan sebuah drama yang bakal disiarkan sebanyak 30 episod pada bulan Ramadhan nanti. Drama ini diarahkan oleh Ain Sharif daripada skrip tulisan Erma Fatima.

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Mimi Lana, Zul Ariffin, Siti Hariesa, Eman Manan dan juga Iqbal Zulkefli. 

 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan