Morbius Buat Kemunculan Dalam Blade (1998) Namun Babaknya Dibuang

Blade (1998) lakonan Wesley Snipes membuka ruang untuk filem superhero modern untuk berkembang. Filem yang turut menampilkan kisah drakula dan juga watak utama yang cukup hebat itu dihasilkan dalam trilogi dan membuka mata ramai tentang genre superhero.



Namun, ramai yang tidak tahu bahawa filem ini turut menampilkan watak Morbius yang mana merupakan musuh kepada Blade tetapi dibuang dari filem berkenaan. Daripada deleted scene yang boleh ditonton di Youtube, kemunculan Morbius hanyalah sebentar dan mungkin memberi hint kepada kemunculan watak tersebut pada filem kedua.

@sukafilem Trivia Movie 001: Morbius sepatutnya muncul dalam Blade (1998), namun ianya dibuang. Babak ini diletakkan dalam deleted scene. #sembangmovie #sembangentertainment ♬ original sound - sukafilem
Menurut penulis lakonlayar Blade, David Goyer dalam komentar DVD filem berkenaan, Morbius sepatutnya menjadi watak antagonis utama filem sekuel Blade. Namun, apabila pengarah filem berkenaan, Stephen Norrington tarik diri untuk sekuel, maka watak Morbius dibatalkan.

Kenapa? Kerana watak Morbius yang muncul diri walau sekejap itu merupakan idea Stephen Norrington sendiri. Malah, Stephen Norringtonlah yang memegang watak Morbius di dalam filem Blade berkenaan. 

Selepas Blade 2 bertukar tangan kepada pengarah Guillermo Del Toro, idea Morbius untuk Blade 2 juga dibuang begitu saja. 

Sayang sungguh apabila kita tidak dapat melihat watak tersebut dikembangkan sebagai musuh Blade dalam trilogi filem berkenaan.

Tetapi, penonton nampaknya mungkin terubat apabila Morbius bakal datang ke pawagam pada 31 Mac 2022 nanti. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan