Bill Murray Jelaskan Sebab Kenapa Dia Tolak Pegang Watak 'Batman' Di Samping Eddie Murphy

Pelakon filem Ghostbuster, Bill Murray pernah dipelawa untuk membintangi filem Batman pada era 80an lalu oleh pengarah Ivan Reitman. Projek Batman sekitar 1980an lalu agak luar biasa. Pengarah Ivan Reitman cuba untuk menggandingkan dua pelawak, Bill Murray dan Eddie Murphy dalam filem tersebut.

Bil Murray pada awalnya bersetuju dengan tawaran itu yang mana bakal menggandingkan Eddie Murphy sebagai pasangannya, Robin. Namun, projek itu tidak pernah sampai ke tahap berjaya disiapkan dan terbantut.

Idea Ivan Reitman ini nampak gila. Komedian jadi superhero. Namun, ianya hanyalah satu kenangan diawal era pengenalan watak Batman kepada khalayak umum suatu ketika dulu.

Dalam satu temubual bersama Yahoo Entertainment, Bill Murray menyatakan bahawa antara punca filem itu tergendala ialah kerana Eddie Murphy tidak mahu watak Robin tetapi sebaliknya mahukan watak Batman. 

I talked to Eddie Murphy about it and Eddie wanted to play Batman. That’s as far as the conversation went…I don't wanna be the Boy Wonder to anybody. Maybe much earlier, when I was a boy. But it was too late for that by the '80s. Also, I couldn't do the outfit. Eddie looks good in purple, and I look good in purple. In red and green, I look like one of Santa's elves. There was just a lot of vanity involved in the production. It wasn't gonna happen.
Menurut Bill Murray, perbalahan untuk mendapatkan watak Batman itu menyebabkan filem itu dihentikan. Bill Murray kemudiannya mengalihkan perhatian kepada projek Ghostbuster selepas itu yang turut menaikkan namanya. Nasib baiklah, selepas itu, pada 1989, Batman ditampilkan di layar melalui pengarah Tim Burton. 





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan