'Bakara' Bakal Jalani Penggambaran, Kini Dalam Proses Penghasilan Storyboard!

Filem berkisar berkenaan tragedi Black Hawk Down, Bakara yang dilancarkan pada 2020 yang lalu masih tertangguh kerana halangan Covid-19. Filem ini yang diterbitkan Act 2 Production ini turut menampilkan Hairul Azreen yang akan melibatkan kos sebanyak RM20 juta!



Sepanjang tertangguh itu, Bakara menjalani pelbagai perancangan rapi walaupun ada berlaku pertukaran pelakon dan sebagainya.

Menerusi perkongsian terbaru, Bakara kini dalam proses pra produksi. Dua keping foto yang memperlihatkan sesi membina storyboard bagi filem berkenaan menunjukkan bahawa filem ini akan menjadi filem terbesar arahan Adrian Teh. 




Adrian Teh terkenal dengan filem Paskal dan Wira bakal hadir dengan filem terbarunya, The Assistant yang akan ditayangkan pada 19 Mei ini. Semestinya, Bakara ialah sebuah karya Adrian Teh yang paling dinantikan seluruh peminat filem tanah air kerana ianya ialah sebuah filem berdasarkan kisah benar.

Dengan situasi Covid-19 yang tidak menentu ini, pastinya perancangan rapi untuk menyiapkan projek ini akan memakan masa yang lama. Semoga produksi Bakara dipermudahkan urusan untuk menyiapkan projek ini. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan