Header Ads Widget

Tobey Maguire Dan Andrew Garfield Bantu Sumbang Idea Untuk Babak Kemuncak 'No Way Home'

Filem Spider-man terbaru, Spider-man: No Way Home berjaya mencipta kegemilangan dan kemeriahan yang tersendiri di kalangan pencinta filem dan superhero apabila memperkenalkan konsep multiverse buat pertamakalinya dalam francais superhero terbesar, MCU. Filem yang menggembalikan Tobey Maguire dan Andrew Garfield ini berjaya membawa harapan peminat untuk menyaksikan ketiga-tiga Spider-man bergabung dalam satu filem.

Dalam satu temubual bersama The Hollywood Reporter, penulis lakonlayar filem ini, Chris McKenna dan Erik Sommers mendedahkan yang babak kemuncak filem berkenanan mendapat sentuhan idea daripada dua Spider-man terdahulu.

Menurut mereka, walaupun Andrew Garfield dan Tobey Maguire mendapat skrip pada saat akhir setelah menyertai projek ini secara sulit, mereka berjaya membiasakan diri dengan watak mereka dengan mudah. 

Malah, mereka turut membantu Tom Holland untuk mengembangkan babak-babak mereka dengan lebih baik. 

SOMMERS: They had thoughts, and it was really interesting and helpful to see their thoughts. No one knows the character as well as — or gives as much thought to the character — as someone who has to then embody it and sell it. It’s always valuable to hear what the actor is thinking. It definitely shaped what we did. 

 

MCKENNA: They had great ideas that really elevated everything we were going for and added layers and an arc and we really actually started honing into the idea that these two guys were really helping Tom’s Peter on his journey to becoming who he ends up becoming. There’s a crucial, moral moment that they help him get through in the climax of the movie. So much of that was brought by Tobey and Andrew’s ideas and shaping of what they thought their characters could bring to this story.

Para penonton sememangnya berjaya dikejutkan dengan kehadiran dua Spider-man ini pada minggu-minggu terawal tayangan filem Spider-man: No Way Home. Filem ini kini sudah mencecah kutipan melebihi USD 1 billion dan menjadi antara filem yang dibualkan bagi tahun 2021.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments