Rosyam Nor Pegang Watak Ketua Kartel Perdagangan Manusia Dalam Filem 'G-Storm'

Bukan sahaja gah di persada seni Malaysia, pelakon filem dan juga merangkap penerbit drama tempatan, Rosyam Nor bakal hadir dengan filem Hong Kong pertamanya, G-Storm. G-Storm merupakan sebuah filem yang berada dalam francais Storm yang sebelum ini sudah ada beberapa filem.

NAK TONTON G-STORM FREE? ISI GOOGLE FORM NI

Filem pertama dalam francais ini bermula pada 2014 dengan tajuk Z Storm, selepas itu disusuli pula dengan S Stom pada 2016, kemudiannya L Storm pada 2018 dan P Storm pada 2019. Kesemua filem dalam francais ini membawa pulangan lumayan dan box office!

Di dalam filem G-Storm, Rosyam Nor memegang watak penjahat. Menurut Wikipedia, watak Rosyam Nor ialah King yang merupakan ketua kepada kartel perdagangan manusia. Nampaknya, dari hanya sekada menjadi orang kanan Kabali dalam filem Kaabali, Rosyam Nor kini bakal memegang watak villain yang mengujakan.

Filem ini menjalani penggambaran ketika Malaysia berada dalam fasa PKP sekitar tahun 2020 yang lalu. Filem yang diarahkan oleh David Lam ini bakal menjengah pawagam Malaysia pada 31 Disember sebagai filem penutup tahun 2021. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan