Header Ads Widget

Pengarah Impikan Harapan Untuk Mengarah Jackie Chan Dalam Sekuel 'Shang-Chi'

Pengarah filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, Destin Daniel Cretton menyatakan hasratnya untuk menyunting Jackie Chan sebagai pelakon dalam sekuel filem MCU berkenaan. Shang-Chi 2 kini sudah rasmi dan proses untuk mengembangkan jalan cerita dan mencari pelakon sudah pun bermula.



Simu Liu, Michelle Yeoh dan pelbagai lagi pelakon filem asal bakal membuat kemunculan kembali. Namun, hasrat pengarah filem ini dapat menarik perhatian pelakon aksi, Jackie Chan.

Perkara ini didedahkan dalam satu temubual bersama CinemaBlend.

I mean, if we could ever get Jackie [Chan] into a movie that would be a lifelong dream of mine.

Jackie Chan ialah pelakon aksi yang terkenal dengan aksi stunt yang dilakonkan sendiri. Pelakon itu juga mempunyai pelbagai filem Hollywood yang cukup sukses dan berjaya. 

Buat masa ini, sekuel Shang-Chi masih di peringkat pengembangan idea dan penciptaan jalan cerita.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments