Header Ads Widget

Penerbit Kongsi Cara Mereka Yakinkan Pelakon Filem Spider-man Terdahulu Untuk Sertai 'Spider-man: No Way Home' [SPOILER ALERT]

Penerbit filem-filem Marvel, Kevin Feige mendedahkan yang Marvel mempunyai masalah untuk membawa pelakon-pelakon filem francais Spider-man terdahulu ke dalam filem Spider-man: No Way Home. Filem ini yang hangat ditayangkan berjaya membawa konsep multiverse dan menggabungkan kesemua peminat Spider-man terdahulu hingga kini.



Bercakap kepada The New York Times, Kevin Feige mendedahkan bagaimana mereka berjaya mencipta sejarah dengan menggabungkan kesemua tiga francais Spider-man dalam satu.

Menurut Kevin Feige, dia berterima kasih kepada penerbit di pihak Sony kerana berjaya meyakinkan watak-watak dari filem Spider-man terdahulu untuk kembali. 

Getting everybody to agree with you about the cool, big idea [was the biggest challenge making No Way Home. 'Hey, we have an idea.Will you come sign up and be in this movie?' 'Cool! Can I read the script?' 'No.' That was the hardest part. And that's where Amy [Pascal], who calls anyone anywhere at any time, is a master producer at making things happen.

Amy Pascal menceritakan yang Andrew Garfield dan Tobey Maguire pada mulanya agak ragu-ragu untuk menyertai filem ini. Namun, dia berjaya meyakinkan dua pelakon tersebut dengan menjanjikan bahawa watak mereka bukan sekadar cameo dan penting untuk perjalanan cerita No Way Home sendiri.


Walaupun kesemua watak jahat didedahkan di dalam trailer, penglibatan Tobey Maguire dan Andrew Garfield disembunyikan. Setiap kali temubual, mereka diminta sentiasa untuk menafikan penglibatan mereka walaupun spekulasi sudah mula berlegar. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments