Penerbit Jawab Kenapa Tiada Spin-off Untuk Watak-watak Sampingan Filem 'James Bond'

Penerbit filem James Bond selama tiga dekad, Barbara Broccoli menjawab soalan kenapa tiada filem spin-off untuk setiap watak-watak sampingan dalam filem James Bond. Francais yang sudah pun berusia 60 tahun itu sudah mempunyai 25 bah filem dengan pelbagai barisan pelakon telah bersilih ganti memegang watak James Bond.

Dalam satu temubual bersama The Hollywood Reporter, Barbara Broccoli berkongsi pendapat tentang filem spin-off watak-watak sampingan. Menurutnya, sesebuah filem James Bond tidak akan lengkap tanpa James Bond. 

Sure, there are other main characters like M and Q and all that, but we haven’t really wanted to make a Bond film without Bond. It would be like making Hamlet without Hamlet.

 Walaupun penerbit filem James Bond tersebut bertegas bahawa sesebuah filem James Bond tidak akan lengkap tanpa James Bond, ada khabar angin menyatakan yang spin-off watak dari filem James Bond sedang dirancang dan ditulis dari Phoebe Waller-Bridge yang sebelm ini pernah menulis untuk filem No Time To Die.

Menurut khabar angin tersebut, ada perancangan untuk memperkenalkan anak James Bond bernama Mathilde. Namun, khabar angin ini terbukti salah dan tidak benar sama sekali. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan