Babak Lakonan Adik Tom Holland Dibuang Dari 'Spider-man: No Way Home'

 Filem Spider-man: No Way Home sebenarnya bakal menampilkan adik sebenar kepada Tom Holland, Harry Holland. Namun, selepas filem itu siap, babak lakonan Harry Holland dibuang daripada filem tersebut. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Tom Holland dalam satu sesi temubual bersama Graham Norton.



Harry Holland sepatutnya melakonkan watak penyamun. Sayangnya, langkah Harry Holland untuk bergelar bintang berakhir dengan babak tersebut dibuang. Tom Holland bercerita bagaimana Harry Holland berjaya dimasukkan sebagai pelakon dalam filem berkenaan kerana permintaan Jon Watts yang mahukan aktor muda sebagai penyamun. 

So we hire Harry. We cast Harry. He’s on set. I go up to the stunt coordinator and I’m like, “Please just whatever you do with the stunt, make it so he’s upside down.” So we’re doing the scene. Harry’s upside down swinging back and forth. Bless him, he’s doing a really good job. And as the day’s going on he’s got these lines and he’s starting to forget his lines and his eyes are about to pop out of his head. So we’re driving home that day and I was actually really proud of him. But he’s driving home that day and he’s like “Mate you can complain as much as you want. That is brutal.” But the icing on the cake, and I don’t think he actually knows this. We saw the film the other day. And they’ve cut the scene. It’s not in the film.


Semestinya cameo Harry Holland dalam filem ini tidaklah memberi kesan besar kepada struktur penceritaan filem. Namun, menyaksikan Tom Holland dan Harry Holland di dalam sebuah filem semestinya perkara yang cukup unik dan menambah kehebatan filem ini.

Tambahan pula, dengan kepelbagaian watak di dalam Spider-man: No Way Home, pastinya babak-babak kecil terpaksa dibuang demi memastikan perjalanan cerita lebih kemas dan menarik. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan