Watak Gilgamesh Ada Kaitan Dengan Karya Mitos Sejarah Berkaitan Negara Iraq

Sesiapa yang menonton filem Eternals pastinya telah melihat watak Gilgamesh, watak yang mempunyai kekuatan yang sangat hebat dan juga antara ahli Eternals yang paling penyayang. Watak Gilgamesh dilakonkan oleh Ma Dong Seok a.k.a Don Lee, aktor dari Korea Selatan yang cukup terkenal dengan tumbukan padunya.




Watak Gilgamesh dicipta oleh Jack Kirby yang memunculkan watak ini dalam naskah komik The Eternals #13 terbitan Julai 1977. Jack Kirby sebenarnya mengambil nama Gilgamesh daripada sebuah karya epik yang dikenali sebagai Eik Gilgamesh.

Epik Gilgamesh ialah himpunan sajak daripada zaman Mesopotamia purba. Di dalam komik Marvel, sejarah dan fiksyen digabungkan. Di dalam komik, watak Gilgamesh menjadi Raja Uruk di Sumeria. Sumeria kini dikenali sebagai Iraq!

Gilgamesh sebenarnya ialah raja yang memimpin rakyat Iraq 3 ribu tahun sebelum Masihi. Ianya kisah benar. 



Di dalam Epik Gilgamesh sendiri, penceritaan tentang watak Gilgamesh dibahagi kepada dua. Di bab pertama, Gilgamesh dipaparkan sebagai raja Uruk yang mempunyai tubuh dua pertiga dewa dan satu pertiga manusia. Watak itu digambarkan sering menindas rakyatnya. Disebabkan itu, rakyat meminta pertolongan tuhan dan lalu tuhan mencipta Enkidu, lelaki yang mempunyai kekuatan sama dengan Gilgamesh. Di akhirnya, tuhan menghukum Gilgamesh dan Enkidu dibunuh kerana gagal menunaikan tugasnya.


Dalam bab kedua pula, dikisahkan tentang perjalanan Gilgamesh mencari cara untuk kekal abadi. 

Marvel berjaya membawa watak ini hidup dalam dunia fiksyen dengan gabungan fiksyen dan juga sejarah. Walaupun penceritaan Gilgamesh di dalam filem Eternals tidaklah besar, ianya justeru membawa para penonton untuk kembali menyingkap siapa Gilgamesh sebenarnya di dalam dunia sebenar.

Eternals sudah mula ditayangkan di pawagam.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan