Pelakon Gay 'Eternals' Gesa Rakyat Negara Yang Haramkan 'Eternals' Bangkit Lawan!

Selepas isu pengharaman filem Eternals di Kuwait, Qatar dan Arab Saudi, pelakon yang melakonkan watak gay, Haaz Sleiman turut membuat kenyataan ekslusif kepada Variety. Menurutnya, dia turut bersetuju dengan komen Angelina Jolie yang menyatakan bahawa negara yang mengharamkan Eternals ialah negara yang jahil.



Menerusi temubual ekslusif itu, dia meluahkan rasa tidak hormat kepada negara-negara yang tidak menerima keterbukaan terhadap golongan 'pelangi' berkenaan. 

They stood their ground and said, ‘Nope, we are not going to compromise the integrity of our film. It made these Arab countries looks so ignorant and pathetic.I have no respect for those governments.

Malah, pelakon yang berasal dari Lebanon itu turut menggesa supaya rakyat di Arab Saudi, Kuwait dan Qatar bangkit lawan untuk menegakkan hak golongan 'pelangi' berkenaan.

They have displayed to the world that they are not only a disgrace to humanity, but to God. Hopefully this will inspire the Saudi people, the Kuwaiti people and the people in Qatar to fight back.

Dalam filem Eternals, Haaz Sleiman melakonkan watak Ben, suami kepada Phastos lakonan Brian Tyree Henry. Haaz Sleiman dilahirkan dalam keluarga islam namun berpindah ke Amerika Syarikat pada 2017 dan mengisytiharkan dirinya seorang lelaki gay selepas melakonkan watak Tarek dalam sebuah filem berkenaan pelarian Syria, The Visitor.


 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan