Kuwait, Qatar Dan Arab Saudi Haramkan Tayangan Filem MCU Terbaru 'Eternals'

Filem terbaru dalam dunia MCU, Eternals telah diharamkan di negara Timur Tengah seperti Kuwait, Qatar dan Arab Saudi. Menurut laporan The Hollywood Reporter, negara Timur Tengah tersebut sepatutnya menayangkan filem berkenaan mulai 11 November, namun kini status tayangan di negara berkenaan bertukar kepada status 'akan datang'.



Menurut laporan, pihak penapisan filem Kuwait, Arab Saudi dan Qatar meminta pihak Disney untuk memotong beberapa bahagian filem yang menunjukkan sisi LGBT. Disney pula dilaporkan tidak mahu melakukan sebarang potongan sekaligus merencatkan proses tayangan filem berkenaan di tiga negara berkenaan. 

Sudah semestinya kita tahu bahawa negara Islam sememangnya mengharamkan paparan homoseksual dan juga perkara-perkara seksual yang bertentangan dengan syariat islam. Malah, perlakuan sedemikian boleh membawa kepada hukuman berat di sana. Sebarang promosi hubungan sejenis di sana melanggar undang-undang Timur Tengah.

Disney yang berdegil untuk tidak memotong bahagian sensitif filem berkenaan mungkin akan merosakkan kutipan filem tersebut yang turut menerima kecaman negatif daripada peminat filem. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan