Header Ads Widget

Dari Youtube Ke Filem Penuh, 'Khaenak: Serangan Pocong' Ikut Jejak Langkah 'Mael Totey The Movie'

Selepas filem Mael Totey The Movie menjadi fenomena apabila filem yang diadaptasi dari naskah Youtube itu mendapat reaksi memberansangkan dalam bentuk filem penuh, kini Khaenak pula menyusul. Khaenak dalam bahasa baku ialah Khianat dan diadaptasi daripada dua buah filem Youtube bertajuk sama yang disiarkan di channel Youtube KCTV Production. 



Filem penuh ini merupakan filem ketiga selepas dua filem Khaenak di Youtube yang mendapat tontonan melebihi 1 juta tontonan. 

Khaenak: Serangan Pocong berkisar tentang sebuah kampung di pinggir banda, dimana pelbagai kejadian mistik berlaku. Seorang komposer, Apak datang bercuti di kampung itu bersama isterinya dan mengalami beberapa peristiwa aneh.

Filem ini masih mengekalkan watak dari filem Youtube dan bukannya sebuah remake tetapi lebih kepada sekuel. Namun, para penonton tidak perlu risau jika tidak menonton filem terdahulu kerana filem ini masih boleh dilayan tanpa dua sekuel terdahulu.

Khaenak: Serangan Pocong menampilkan pelakon seperti Apak Harry Khalifah, Kamarool Hj Yusoff dan juga penampilan khas ikon-ikon Youtube dan sosial media Kelantan seperti Abe Mat Ngepek, Poyie Gasi, dan ramai lagi.

Filem ini akan mula ditayangkan di Astro First mulai 11 November 2021. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments