Angelina Jolie Kecam Negara Haramkan 'Eternals', Anggap Tindakan Itu Satu Kejahilan

Angelina Jolie yang melakonkan watak Thena dalam filem Eternals telah menyuarakan suaranya tentang tindakan sesetengah negara mengharamkan Eternals. Dia menggunakan perkataan 'ignorant' ataupun jahil bagi menggambarakan tindakan negara-negara tersebut ketika temubual bersama News.com.au.



Pelakon yang pernah memegang watak Lara Croft itu juga merasa sedih atas beberapa negara yang tidak membenarkan tayangan filem berkenaan.Malah, dia berasa bangga dengan tindakan Disney/Marvel yang bertegas untuk tidak memotong beberapa bahagian sensitif dalam filem berkenaan. 

I’m sad for [those audiences]. And I’m proud of Marvel for refusing to cut those scenes out. I still don’t understand how we live in a world today where there’s still [people who] would not see the family Phastos has and the beauty of that relationship and that love. How anybody is angry about it, threatened by it, doesn’t approve or appreciate it is ignorant.

Eternals ialah filem pertama MCU yang menampilkan superhero gay pertama, Phastos yang mana dipaparkan berkahwin dengan seorang lelaki arab. Malah, dalam filem asal tanpa potongan (versi yang tidak dipaparkan di Malaysia), Phastos dan pasangannya turut bercium sesama mereka.

Untuk tayangan Malaysia, kebanyakan babak terlarang sudah dibuang keduali beberapa dialog yang masih mempunyai hint terhadap kisah terlarang tersebut yang mungkin hanya dapat diteka oleh segelintir penonton yang memahaminya.

Setakat ini, Eternals sudah diharamkan tayangan di Arab Saudi, Qatar dan Kuwait. 

Eternals kini sedang ditayangkan di pawagam. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan