Pengarah 'Eternals' Jelaskan Kepentingan Adegan Asmara Pertama Dalam MCU

 Pengarah filem Eternals, Chloe Zhao menceritakan bahawa adegan asmara dalam filem Eternals mempunyai kepentingan yang tersendiri untuk dunia MCU. Eternals yang dibintangi oleh Richard Madden, Gemma Chan, Kit Harington, Angelina Jolie, Salma Hayek, Bryan Tyree Henry, Lia McHugh, Kumail Nanjiani, Barry Keoghan, Lauren Ridloff dan Don Lee bakal membesarkan dunia MCU dengan pelbagai pembaharuan.

Filem Eternals dikatakan akan mengisahkan kisah cinta diantara karakter-karakternya dan kemudiannya akan mempengaruhi pelbagai hubungan manusia. Bercakap kepada Indiewire, Zhao memberi komen berkenaan watak utama filem tersebut yang akan melakonkan adegan asmara buat pertamakalinya untuk filem MCU.



Menurut Zhao, pelbagai perbincangan diadakan untuk memaparkan adegan asmara itu. Namun, dia tidak mendedahkan watak mana yang mengadakan hubungan asmara di dalam filem berkenaan. 

For us to be able to show two people who love each other, not just emotionally and intellectually but also physically, and to have a sex scene that will be seen by a lot of people that shows their love and compassion and gentleness — I think it’s a really beautiful thing.
Walaupun Eternals nampaknya cuba membuka ruang untuk adegan yang agak taboo sebegitu, dunia MCU sebenarnya sudah lama membuat adegan asmara melalui siri Netflix Originals seperti JEssica Jones. Malah, filem Deadpool sendiri mempunyai rating R yang semestinya mempunyai banyak adegan yang agak lucah dan kasar.

Mungkin, secara teorinya, apabila melihat bahawa Disney yang menerbitkan Eternals, dapatlah diandaikan bahawa promosi adegan asmara ini hanyalah sekadar publisiti filem berkenaan. Namun, jika benar adegan tersebut wujud, mungkin ianya tidaklah terlalu mengganggu dan berkemungkinan boleh dipotong untuk tontonan bukan dewasa. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan