Francais 'Fast & Furious' Mungkin Takkan Habis Setakat Filem F10 & F11!

Penulis lakonlayar asal filem Fast & Furious, Gary Scott Thompson menyatakan yang filem kesepuluh dan kesebelas francais berkenaan mungkin bukan menandakan yang francais tu akan berakhir. Menurutnya, francais tersebut sememangnya menjadi lubuk duit buat Universal Studios yang menyifatkan francais tersebut seperti MCU versi mereka!

Ketika menjawab soalan temubual bersama Movieweb, Gary Scott Thompson memberi bayangan tentang kemungkinan filem-filem francais tersebut di masa akan datang. 

I don't think they see the ending that I saw, but I don't think they see an ending either. It's making too much money. Universal Execs have said, "Thank you for creating our Marvel Universe". They are competing with Marvel. It's like the only movies getting made out of our studios lately are Marvel, Disney, Fast & Furious, or D.C. Comics. These films cost a lot of money so they want to make a lot of money. They will write it until it dies.

Filem Fast & Furious 10 dan 11 akan dibikin sebagai filem yang akan menghimpunkan kesemua pengkisahan francais sekaligus menutup francais yang sekian lama berada di dalam dunia sinematiknya tersendiri semenjak 2001.

Ianya akan turut menyaksikan kembalinya pelakon seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Sung Kang, Ludacris dan ramai lagi. Filem kesepuluh dan kesebelas itu akan diarahkan oleh Justin Lin!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan