'Lagenda Long Piah', Super Tele Arahan Syafiq Yusof Yang Diperam Astro Semenjak 2014

Pada 2014, Syafiq Yusof pernah mengarahkan sebuah supertelefilem untuk Astro yang diberi tajuk Lagenda Long Piah. Lagenda Long Piah dibintangi Fizz Fairuz, Syamsul Yusof, A. Galak dan juga Lando Zawawi. Namun, sehingga kini, Astro tidak pernah menayangkan telefilem mega ini di mana-mana saluran berbayar tanpa alasan yang diketahui.


Fadhil Haniff, seorang daripada pelakon drama mega tersebut meluahkan rasa kecewa di laman Facebooknya. 


Drama seram ini menjalani penggambaran di Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Morib dan beberapa lokasi lain di sekitar Selangor. 

Jika dilihat daripada beberapa video belakang tabir, super telefilem ini sememangnya kelihatan agak ganas dan cukup bagus. Sebuah video babak pergaduhan dengan aksi persilatan turut memaparkan seorang lelaki berlari dengan keadaan badannya terbakar. Pergh!


Jika korang nak throwback untuk tonton gambar di sebalik tabir super tele ini yang tidak pernah ditayangkan sehingga kini, korang boleh search sahaja Lagenda Long Piah di Facebook. Selain itu, korang juga boleh gunakan hashtag Lagenda Long Piah untuk melihat gambar dan video di sebalik tabir filem ini yang dikongsi kru-kru ketika penggambaran.

Diharapkan drama mega ini dapat ditayangkan di Astro kelak.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan