Paramount Saman Syarikat Insurans Akibat Penutupan Operasi Penggambaran 'Mission Impossible 7'

Studio penerbitan filem Mission Impossible 7, Paramount Studio menfailkan saman terhadap syarikat insurans yang terlibat dengan produksi filem berkenaan kerana tidak menanggung kos penangguhan filem berkenaan disebabkan Covid-19. Menurut laporan Deadline, filem tersebut sudah tujuh kali ditangguhkan penggambaran.

Menurut Paramount, syarikat insurans Federal Insurance Conpany tidak mahu membayar amaun sepatutnya terhadap beberapa kru yang telah dijangkiti Covid-19. Pihak Paramount Studios akhirnya mengambil tindakan saman dengan memfailkan saman sejumlah USD1000 juta.

Mission Impossible sudah menjalani penggambaran di Itali, United Kingdom, Norway, Poland, Switzerland dan negara Timur Tengah. Semestinya para penonton tidak sabar untuk menonton filem terbaru yang menampilkan Ethan Hunt ini. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan