Aziz M. Osman Siap Sedia Bikin Filem 'Senario' Keenam Di Bawah Arahannya

Mungkin berita ini akan menggembirakan ramai peminat kumpulan Senario yang cukup lejen. Selepas hadir dengan filem Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi Lagi Senario, Senario XX dan Senario Pemburu Emas Yamashita, Aziz M. Osman memberi klu bahawa filem terbaru Senario akan dibikin tidak lama lagi.



Perkara ini dikongsikan oleh pengarah filem sains fiksyen XX-Ray itu di laman Facebooknya.


Momentum filem-filem kumpulan pelawak Senario kelihatan jatuh merudum selepas filem mereka diambil alih oleh Metroweath dan juga diarahkan oleh pengarah seperti Ahmad Idham, Hatta Azad Khan dan Ismail Bob Hashim.

Berita tentang kemunculan naskah skrip filem terbaru Senario ini sudah berlegar dari 2019 lagi. Aziz M. Osman pernah berkongsi di Twitter yang dia sedang menulis naskah terbaru Senario pada ketika itu dan pastinya ramai yang menunggu update terbaru.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan