Watak Chiper Lakonan Charlize Theron Dalam F&F 9 Bakal Dapat Filem Solo

Watak Cipher lakonan Chipher nampaknya mungkin akan mendapat filem solo tak lama lagi. Semestinya, selepas Fast & Furious berakhir di filem ke sebelas, Vin Diesel masih tidak akan terus berhenti untuk meluaskan dunia filem tersebut dengan spin-off dan pelbagai filem yang berkait dengan dunia tersebut.



Dalam satu temubual bersama Variety, Charlize Theron mendedahkan tentang skrip filem sekuel The Old Guard yang sudah pun siap sepenuhnya. Dalam sesi temubual itu, terdedah juga berkenaan Vin Diesel yang meminta para penulis lakonlayar untuk menghasilkan skrip yang berkisar tentang watak Chiper.

Walaupun filem solo Cipher dalam proses perancangan, Charlize Theron tidak mendedahkan banyak tentang projek tersebut.

Sepanjang francais filem Fast & Furious bermula dari tahun 2001, terlalu banyak watak-watak antagonis yang muncul. Sebelum ini, francais Fast & Furious memberi ruang kepada watak Hobbs dan Shaw untuk muncul dalam filem spin-off mereka yang tersendiri.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan