'The Tomorrow War' Dapat Sekuel, Pengarah Dan Chris Pratt Bakal Kembali

Nampaknya, filem The Tomorrow War yang kini sedang hangat ditayangkan di Amazon Prime nampaknya membuahkan hasil yang tidak dijangkakan. Selepas Amazon Prime melaburkan USD200 juta untuk membeli hakcipta filem tersebut daripada Skudance, nampaknya ianya berjaya memberi pulangan lumayan kepada penstriman tersebut.

Menurut laporan Deadline, Chris Pratt dan pengarah filem ini, Chris McKay bakal kembali untuk sekuel filem ini yang juga akan ditulis oleh penulis lakonlayar yang sama, Zack Dean. Malah, pelakon-pelakon filem ini juga akan turut melakonkan watak mereka dalam filem sekuel berkenaan. 

Buat masa ini, sekuel filem ini masih lagi dalam fasa awal dan perancangan. Justeru itu, agak sukar untuk melihat bagaimana sekuel ini menyambung kisah filem yang berakhir di hujung The Tomorrow War.

Nampaknya, Amazon Prime sudah mula mendapatkan filem-filem mega untuk menandingi kehebatan Netflix dalam cara mereka yang tersendiri. Selepas ini, pastinya katalog Amazon Prime akan lebih meriah dengan pelbagai seleksi filem hebat yang setanding dengan pesaing terdekatnya, Netflix. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan