Sekuel 'Tom Raider' Masih Dalam Perancangan Namun Terganggu Akibat Pandemik

Pelakon yang memegang watak Tom Raider, Alicia Vikander mendedahkan yang filem sekuel kepada filem Tom Raider lakonannya masih lagi diteruskan namun terganggu akibat pandemik Covid-19. Filem sekuel Tom Raider ini sudah mendapat lampu jikau selepas filem pertama Tom Raider versi terbaru berjaya mengutip USD247.7 juga seluruh dunia.



Tom Raider 2 sebelum ini dirancang untuk ditayangkan pada 2021 dimana pengarah Ben Wheatly bakal mengarahkan filem tersebut. Namun, pengarah tersebut undur diri dan tarikh tayangan dianjak ke suatu masa yang tidak ditentukan lagi.

Alicia Vikander memberitahu Collider berkenaan filem Tom Raider 2 dalam mempromosikan filem terbarunya, The Green Knight. Dia mengesahkan yang filem tersebut akan menjalani penggambaran kelak namun terganggu dengan situasi pandemik. 

Pre-COVID, I would’ve said yes. And now I think it’s a yes still. It’s not greenlit, but the script is in the making, and I think everyone is excited and I would love to revisit Lara again. It’s very recent. It’s really now when the world is up and running again [that the script is being written], and Misha is onboard and she’s working on the script right now. So I’m very excited to sort of read something very soon.

Pandemik Covid-19 sememangnya membantutkan pelbagai perancangan dan jadual penggambaran filem di seluruh dunia. Tidak dinafikan yang team produksi Tom Raider 2 juga mahu memastikan semua aspek filem tersebut dapat dibikin dengan sempurna dan pada masa yang sama menjaga para kru dari dijangkiti virus Covid-19.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan