Scarlett Johansson Failkan Saman Sebab Tayang 'Black Widow' Di Disney+

Pelakon watak Black Widow, Scarlett Johanson kini bertindak untuk menyaman Disney berkenaan penayangan filem Black Widow di laman Disney+. Perkara itu mungkin agak mengejutkan kerana filem tersebut menjadi permulaan kepada Disney untuk menayangkan filem MCU melalui alamn penstriman.

Menurut WSJ, Scarlett Johansson telah memfailkan saman terhadap Disney di Mahkamah Tinggi Los Angeles. Menurutnya, penayangan Black Widow di laman Disney+ telah melanggar kontraknya. Hal ini kerana, di dalam kontrak telah menyatakan bahawa bayaran pelakon itu akan dibayar mengikut jumlah keuntungan filem tersebut.

Apabila filem tersebut ditayangkan di Disney+, keuntungan filem tersebut kini dikira dalam cara berbeza dan sekaligus melanggar kontak asal. 

Filem Black Widow merupakan filem solo pertama Black Widow selepas diperkenalkan melalui filem Iron Man 2. Untuk perbandingan, filem Wonder Woman 1984 yang turut menggunakan kaedah tayangan yang sama menyaksikan Patty Jenkins dan Gal Gadot menerima bayaran USD10 juta.

Disney sudah pun mengeluarkan kenyataan balas berkenaan isu ini.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan