Roland Emmerich Nak Bikin 'Independence Day 3' Untuk Disney+

Pengarah yang terkenal dengan filem bencana seperti 2012, Independence Day dan juga The Day of Tomorrow berharap dia dapat membikin filem ketiga dalam francais Independence Day untuk saluran penstriman. Filem Independence Day diterbitkan pada 1996 dan berjaya mendapat status filem paling tinggi kutipannya pada tahun itu.

Sekuel filem tersebut dibikin selepas 20 tahun. Di dalam filem ini, Will Smith tidak lagi memilih untuk melakonkan wataknya sekaligus membunuh watak tersebut di dalam filem berkenaan. Malangnya, sekuel Independence Day gagal mendapat kutipan memberansangkan malah mendapat kritikan negatif dari penonton.

Filem ketiga sebenarnya sudah dirancangkan ketika filem kedua Independence Day ditayang. Sayangnya, selepas kutipan filem tersebut gagal, semua filem sekuel francais ini dibatalkan.

Selepas itu, terjadilah pembelian Disney terhadap 20th Century Fox yang membawa francais ini ke rumah baru. 

Bercakap kepada Comicbook, pengarah tersebut memberitahu perancangannya berkenaan filem ketiga Independence Day. Jika filem tersebut berjaya dibikin, ianya akan menyaksikan kemunculan semula watak Jeff Goldblum dan Brent Spiner yang akan merubah halatuju francais berkenaan.

Dia juga berharap bahawa Disney+ membuka tawaran untuknya bagi membikin sekuel filem berkenaan sama ada dalam bentuk filem mahupun siri TV.

They have now a streaming service and they need product. I would love to do maybe a third one, or a TV show, continuing the story. When we did Independence Day: Resurgence, we already had, also, the third part already. And actually, the third part has much more to do with the first part, because we learned, more or less, that out there are a lot of refugees and they're living on a refugee planet. And where [the aliens] finally come there because, somewhat like these aliens on earth, found out about it and telepathically or whatever gave it to their super queen. They're all humans, but in all different forms. So it's this thing that we have Brent Spiner and Jeff Goldblum and we have them with all these different forms of people, which would be a great movie. But we'll see what happens.

It doesn't matter, whoever does it, but I feel very passionate about it, very, very passionate, because it was a little bit like... this movie single-handedly also got me total freedom. I have final cut since then. I pretty much do my own thing. And now, even producing my own films, no studio anymore, I got myself a studio, you know what I mean? In a very small form, like a little garage studio. Anyhow, I feel very, very passionate about it because it was my first -- actually, that's why both Stargate and Independence Day are seminal movies for me. They pretty much created all of what I did afterwards.

Dengan Disney+ yang semakin meluas ke segenap pelusuk dunia, semestinya peluang untuk membikin filem ketiga Independence Day di laman penstriman tersebut adalah satu langkah yang cukup bagus. Disney+ sudah berjaya mencipta siri dan filem original mereka yang tersendiri seperti Loki, Wanda Vision dan juga The Falcon and The Winter Soldier.

Sudah sampai masanya Disney+ melabur untuk membikin sekuel dari rumah produksi 20th Century Fox yang ada potensi. Buat masa ini, Rolland Emmerich bakal hadir dengan filem terbarunya, Moonfall yang juga sebuah filem bencana besar. Filem tersebut bakal berkisar tentang bulan yang keluar dari orbit dan akan terhempas ke bumi.

Moonfall dibintangi Halle Berry, Patrick Wilson dan Donald Sutherland dan dirancang untuk tayangan pada 4 Februari 2022.  





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan