Ramai Penonton' Army of the Dead' Tak Perasan Ada UFO Dalam Filem Ini

Army of the Dead menandakan kembalinya pengarah Zack Snyder kepada pengarahan filem zombie. Filem Netflix Original ini juga merupakan permulaan kepada sebuah francais. Filem Army of the Dead akan disusuli dengan sebuah filem sekuel, Army of Thieves dan juga sebuah siri animasi.



Dalam filem ini, Zack Snyder juga turut memaparkan suasana di luar pagar kawasan misteri, Area 51. Kawasan yang terkenal dengan teori konspirasi berkenaan alien itu sememangnya hampir dengan kawasan Las Vegas yang menjadi setting utama dalam filem ini.

Di awal pembukaan filem, sekitar 40 saat, Zack Snyder menyembunyikan sesuatu yang unik iaitu UFO. Yup. Dua buah UFO kelihatan ketika trak keluar dari Area 51 dan beredar dari situ dalam satu pancaran misteri. 

UFO spotted dalam filem Army of the Dead!

Para penonton mungkin tidak perasan berkenaan kemunculan UFO itu jika ditonton sekali sahaja. Semestinya, kemunculan UFO ini bukanlah sebahagian daripada kisah filem ini. Namun, timbul persoalan, adakah ada alien yang sedang memerhatikan peradaban manusia di Las Vegas musnah?


Army of the Dead membariskan pelakon hebat seperti Dave Bautista, Ella Purnell, Tig Notaro dan ramai lagi.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan