Penerbit Filem Kontroversi 'Babi' Kena Dakwa

Tahun lepas, kecoh berkenaan filem arahan Namewee, Babi yang ditayangkan di luar negara. Terbaru, penerbit filem berkenaan, Toh Han Boon didakwa di mahkamah majistret atas tuduhan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem tersebut dan mempamer poster filem berkenaan tanpa lesen dari FINAS.

Penerbit filem tersebut mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan. Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 22 (1) Akta Finas 1982 (Akta 244-pindaan 2013) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua duanya sekali. 

Selepas permohonan ikat jamin dilakukan peguam, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5000 dengan seorang penjamin.

Filem Babi ialah sebuah filem yang berkisar tentang rusuhan kaum yang berlaku di sebuah sekolah menengah. Kononnya, kisah ini diadaptasi daripada sebuah kejadian yang telah disembunyikan dari pengetahuan umum.

Walaupun penuh kontroversi, filem tersebut turut tercalon dalam empat festival filem antarabangsa iaitu Open World Toronto Film Festival, Around International Film Festival Berlin, International Thai Film Festival 2020 dan juga Taipei Golden Horse Film Festival.

Dumbrt: BH Online



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan