Kevin Feige Tak Puas Hati Dengan Keputusan Tayang 'Black Widow Di Disney+

President Marvel Studios, Kevin Feige dilaporkan tidak berpuas hati dengan keputusan pihak Disney yang memilih untuk menayangkan filem Black Widow di laman penstriman Disney+. Sebelum ini, kecoh apabila Scarlett Johansson memfailkan saman keatas Disney kerana tindakan Disney tersebut mengganggu jumlah bayaran yang sepatutnya dia dapat berjumlah USD50 juta.



Disney kemudiannya membalas kenyataan Scarlett Johansson dengan menyatakan bahawa tindakan pelakon tersebut tidak wajar. Terkini, menurut sumber editor Hollywood Reporter, Matt Belloni, dia menyatakan bahawa Kevin Feige juga turut tidak bersetuju dengan pilihan Disney untuk tayangkan Black Widow di Disney+

Malah, Kevin Deige juga tidak bersetuju dengan kenyataan balas Disney dan menyifatkan tindakan Disney sebagai memalukan studio berkenaan. 

And make no mistake: Feige is p*ssed. He’s a company man, and not prone to corporate showdowns or shouting matches. But I’m told he’s angry and embarrassed. He lobbied Disney against the day-and-date plan for Black Widow, preferring the big screen exclusivity and not wanting to upset his talent. And then when the sh*t hit the fan, the movie started tanking, and Johansson’s team threatened litigation, he wanted Disney to make this right with her. (Disney declined to comment on Feige.)

Kevin Feige dan Marvel Studios semestinya sesuatu yang cukup sinonim dengan Disney. Kemelut ini mungkin sesuatu yang baru diantara Marvel Studios dan Disney. Semestinya, kemelut ini seharusnya tidak harus berlaku kerana kredibiliti MCU sebagai sebuah francais filem sudah teguh dan utuh.

Banyak perancangan Disney dan Marvel kelihatan agak tertangguh gara-gara Covid-19. Mungkinkah perancangan Disney bercanggah dengan perancangan Marvel Studios sepanjang tempoh pandemik ini? Namun, diharapkan kemelut ini berakhir supaya dua studio ini terus menghasilkan filem MCU dengan sempurna.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan