Hairul Azreen Jamin 'Ada Hantu' Memang Lain Dari Yang Lain

Selepas J: Retribusi dan Zombitopia, filem Ada Hantu yang diarahkan oleh pengarah buat pertamakalinya, Hairul Azreen bakal menjengah Disney Plus Hotstar mulai 13 Ogos nanti. Filem tersebut bercorak komedi seram turut menampilkan Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Cua dan Nafiez Zaidi.



Menerusi laman Twitter, Hairul Azreen memberikan jaminan yang filem arahannya itu akan menjanjikan pengalaman berbeza. 


Menurut Hairul Azreen, filem Ada Hantu pada mulanya hanyalah borak-borak kosong antara pengarah filem Paskal dan dirinya. Kemudian, Adrian Teh memberikan pelakon aksi tersebut peluang untuk mengarahkan filem seram tersebut kerana dia sibuk. Maka terjadilah filem pertama yang menyaksikan bakat pengarahan Hairul Azreen.

 Sebelum ini, poster filem Ada Hantu pernah menimbulkan kritikan netizen apabila dikatakan agak teruk untuk sebuah promosi filem. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan