Header Ads Widget

Filem P Ramlee Yang Hilang, 'Sitora' Bakal Dapat Adaptasi Hollywood

Filem seram thriller arahan P. Ramlee yang sudah hilang terbitan 1964 bakal mendapat adaptasi daripada sebuah studio Hollywood yang diasaskan anak tempatan, Fangoria. Filem ini bakal menampilkan pelakon Wan Hanafi Su yang bakal terlibat sebagai watak Sir. 



Sitora Harimau Jadian ialah sebuah filem yang berkisar tentang pertembungan antara bomoh dan saintis yang cuba untuk menyelesaikan misteri serangan manusia separa harimau di sebuah kampung.

Filem tersebut dilaporkan bakal menjalani penggambaran di beberapa perkampungan sebenar di Malaysia. 

Sitora’ is a perfect example of who we are,” Fangoria Studios wrote in a press release. “[Our] mission is to celebrate genre filmmaking by providing a platform for scary stories with deep roots in culture, folklore, legends and the macabre on the international stage. We believe that horror is truly global and has cross-demographic appeal. Fear is universal. When it comes to horror, everyone screams in the same language. - Fangoria

 Filem ini bakal diarahkan oleh Diffan Sina Norman, seorang anak tempatan yang kini menjadi pembikin filem di Los Angeles. Sebelum ini, pengarah ini pernah membawa sebuah filem pendek berjudul Kekasih yang membariskan pelakon seperti Nasir Bilal Khan ke festival Sundance dan juga beberapa festival lain. 

Sumber - Variety



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments