Adaptasi Siri Live Action Untuk Pokemon Akan Datang Di Netflix

Siri aksi live action pertama seumpamanya untuk watak-watak Pokemon akan diterbitkan oleh Netflix. Pokemon sebelum ini pernah diterbitkan dalam bentuk animasi dan juga beberapa permainan video. Selepasitu, pada 2019, filem ini diadaptasi ke dalam filem live action bertajuk Detective Pikachu.



Filem adaptasi live action pada 2019 dibintangi oleh Ryan Reynolds, Justice Smitth, Kathryn Newton dan Suki Waterhouse berjaya mengutip kutipan USD433 juta di seluruh dunia. 

Untuk siri adaptasi live action Netflix, buat masa ini tiada plot yang didedahkan. Buat masa ini, pembikinan siri aksi ini masih di peringkat awal. Penerbit siri Lucifier bakal menulis lakonlayar dan turut menjadi penerbit eksekutif siri ini yang akan meniru konsep dari filem Detective Pikachu.

Pokemon bukanlah sesuatu yang nampak aneh apabila diterjemahkan dalam pelbagai versi dan platform. Namun, apabila ianya akan menjadi sebuah Netflix Original, pastinya ianya sebuah keterujaan buat para peminat yang menunggu live action series yang agak hebat.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan