Header Ads Widget

Zack Snyder Balas Kenyataan Dia Akan Reboot Filem 'Ghost Rider' Untuk MCU

Sebelum ini, tersebar ura-ura yang menyatakan Zack Snyder mungkin akan mengarahkan filem reboot Ghost Rider. Pengarah yang sebelum ini muncul dengan filem zombie Army of the Dead kini sudah bersedia untuk membawakan projek baru yang berkisar pasal King Arthur dalam masa terdekat.

Ghost Rider ialah sebuah filem tahun 2007 yang dilakonkan oleh Nicholas Cage yang mana merupakan adaptasi komik Marvel. Filem tersebut bukanlah dalam dunia berkait MCU dan para peminat berharap watak tersebut akan muncul di dalam MCU pada masa hadapan kelak. 

Ghost Rider berjaya mengutip USD223 juta manakala sekuelnya, Ghost Rider: Spirit of Vengeance hanya berjaya mengutip USD132 juta sahaja. Watak Ghost Rider juga pernah buat kemunculan dalam beberapa episod Agents of S.H.I.E.L.D, namun karakter tersebut lenyap begitu sahaja selepas itu.

Ketika bercakap kepada Tyrone Magnus untuk mempromosikan filem Army of the Dead, Zack Snyder menjawab kenyataan ura-ura tentang dia yang bakal mengarahkan filem Ghost Rider. 

"Oh, really? I don't know that. It's kind of fun, I gotta be honest. It's cool, you're like, 'Oh yeah, no, Ghost Rider is a done deal!' No. But no, it's not."

Snyder menafikan tentang dirinya terlibat pengarahan filem Ghost Rider dan jika dia diminta untuk mengarahkan filem tersebut, dia tidak akan mengarahkannya. Namun, dia tidak menolak yang dia amat menggemari watak tersebut secara peribadi.

Pengarah tersebut sebelum ini pernah mengarahkan filem adaptasi komik dan ianya bukan perkara yang luar biasa. Filem 300 arahannya pada tahun 2006 dan mendapat kutipan yang memberansangkan iaitu sebanyak USD450 juta. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments