Watak Scarlett & Baroness Dalam 'Snake Eyes' Dicipta Untuk Masa Depan Francais G.I Joe

 Watak-watak seperti Scarlett dan Baroness dicipta untuk mencipta dunia yang lebih besar bagi filem-filem G.I Joe. Perkara itu ialah percubaan daripada Hasbro untuk menghasilkan francais G.I Joe yang lebih baik berbanding dua filem yang sebelumnya. Dengan Snake Eyes, francais tersebut akan bertindak sebagai soft reboot kepada francais berkenaan.

Diarahkan oleh Robert Schwentke, Snake Eyes: G.I Joe Origins berkisar tentang watak Snake Eyes yang mana dilatih oleh kumpulan Arashikage. Walaupun filem ini berfokus pada watak Snake Eyes, beberapa watak dari G.I Joe akan muncul. Antaranya ialah Storm Shadow, Scarlett dan juga Baroness. 

Bercakap kepada Empire dalam mempromosikan filem berkenaan, Lorenzo di Bonaventura mendedahkan bahawa beberapa karakter sudah dibina sebagai setup kepada masa depan francais berkenaan. Antaranya ialah Scarlett dan Baroness yang akan bertindak sebagai watak yang akan mempunyai pengembangan cerita di filem filem G.I Joe akan datang.

Snake Eyes is a window into how eventually he joins the Joes, so neither Scarlett nor Baroness are the biggest characters, it’s more setting up that they exist in this universe and if we’re lucky enough to make a sequel, that will expand more into a Joe movie rather than a Snake movie. I don’t want to mislead anybody into thinking they have giant parts – they have solid parts where you get to intro those characters and it provides the way for the movie to, I’ll say, break out of being just a samurai movie. You see Cobra a bit, but through those characters. They enter the world of the samurai rather than us entering the world of the Joe.
Nampaknya, melalui Snake Eyes, Hasbro dan Paramount sudah mempunyai perancangan yang lebih dari sekadar sebuah filem. Dengan perancangan mirip MCU, semestinya filem Snake Eyes akan mempunyai sebuah plot yang mungkin mampu berkembang dan membentuk filem-filem akan datang.

Namun, semua itu mungkin tertakluk kepada kutipan filem ini. Jika filem Snake Eyes gagal di mata penonton, mungkin filem ini akan menjadi seperti filem The Mummy lakonan Tom Cruise yang tidak berjaya membentuk francais tersendiri kerana kegagalan filem tersebut. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan