Watak 'Loki' Kini Dilabel Sebahagian Dari Golongan Transgender

 Disney Plus bakal hadir dengan siri terbaru mereka, Loki yang berkisar tentang pengembaraan rentas masa watak Loki dari filem Thor selepas kejadian di dalam filem Avengers: Endgame. Sebelum ini, ramai peminat mengenali watak Loki sebagai gender-fluid (tiada jantina sahih) kerana kebolehannya untuk bertukar rupa dan jantina.



Marvel Studios sememangnya kekal dengan mitos Norse bagi watak tersebut dan ianya cukup mengujakan peminat-peminat Marvel. Di dalam komik Thor & Loki: The Tenth Realm terbitan 2014, Odin pernah menggelarkan Loki sebagai 'anak lelakinya' dan juga 'anak perempuannya'.


Jantina Loki muncul dalam sebuah teaser yang diterbitkan oleh Marvel Studios untuk mempromosikan siri original tersebut. Hal ini sekaligus menggembirakan para penyokong gender-fluid seperti transgender yang gembira apabila watak tersebut diletakkan dalam golongan seperti mereka.

Walaupun Marvel Studios tidak mennjelaskan perihal isu ini, seorang peminat filem Marvel mendedahkan bahawa penerbit eksekutif Loki, Michael Warldron telah 'like' satu tweet peminat di Twitter yang sedang meraikan kepelbagaian gender di dalam MCU. 

Loki akan berkisar tentang Time Variance Authority, sebuah organisasi yang ditugaskan untuk menjaga garis masa. Loki akan bekerjasama dengan organisasi tersebut untuk membetulkan beberapa masalah garis masa yang disebabkan oleh tindakan Loki mencuri Tesseract di dalam filem Avengers: Endgame.

Sebelum Loki digolongkan dalam golongan transgender, Marvel Studios pernah mengumumkan watak Valkyrie sebagai seorang lesbian. Malah, di dalam Avengers: Endgame, seorang watak cameo muncul sebagai watak gay. 

Siri ini boleh mula distrim di Disney+ Hotstar mulai 9 Jun 2021.

Sumber: Entertainment Weekly



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan