Tiada Musim Kedua Untuk Siri Disney+ 'WandaVision'

WandaVision antara siri Disney+ yang sememangnya mendapat pujian terutama dari kalangan peminat filem Marvel. Namun, sayangnya apabila WandaVision tidak lagi akan diteruskan ke musim kedua. Perkara ini didedahkan oleh pelakon WandaVision sendiri, Elizabeth Olsen yang memegang watak Wanda di dalam siri tersebut.



WandaVision berkisar tentang Wanda yang 'memerangkap' penduduk Westview demi untuk menghidupkan kembali hidupnya bersama Vision. Kisah WandaVision ialah kesinambungan selepas tragedi dari dalam filem Avengers: Infinity War.

Di dalam sesi temubual oleh Variety, Elizabeth Olsen mendedahkan yang WandaVision tidak akan diteruskan ke musim kedua. Namun, dia tidak menafikan apa apa perancangan Marvel Studio jika siri tersebut diteruskan.

Gandingan Elizabeth Olsen dan Paul Bettany berjaya menghidupkan siri pertama Disney+ untuk dunia MCU. Selepas WandaVision, para peminat disajikan dengan siri The Falcon and Winter Soldier dan seterusnya, Loki.

Sumber: Entertainment Weekly



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan