'The Forever Purge' Bukan Filem Terakhir Francais 'The Purge'

Filem terbaru dalam francais The Purge, The Forever Purge mungkin bukan filem terakhir dalam francais tersebut. Filem yang berkisar berkenaan satu hari khas yang diperuntukkan untuk rakyat Amerika melakukan apa saja kejahatan itu mendapat kutipan memberansangkan sehingga mencetuskan siri TV dan juga beberapa buah sekuel.

Filem pertama The Purge ditayangkan bermula 2013. Kemudian, pada 2014, filem ini diteruskan dengan terbitnya The Purge: Anarchy. Selepas itu, pada 2016, kesinambungannya diteruskan dengan The Purge: Election Year sebelum francais tersebut mendapat prekuel, The First Purge pada 2018.

Kini, pada 2021, francais The Purge kembali dengan filem kelima, The First Purge yang akan berkisah pasal beberapa penjenayah yang merasakan bahawa sesi 'pembersihan' yang dilaksanakan tidak boleh ditamatkan.

Penerbit The Forever Purge, Jason Blum dan juga pengarahnya, James DeMonaco mendedahkan yang mereka tidak mahu menjadikan filem The Forever Purge ini sebagai filem terakhir francais tersebut. 

Menurut Blum...

I'm trying to make him [DeMonaco] write more. I would never do it without James. I wouldn't hire someone else to do Purge movies, but I'm not through, and I'm going to try and talk him into a few more.

DeMonaco turut memberi maklumbalas...

Between you and I, man, I really intended for [The Forever Purge] to be the last one…up until 4 months ago when I woke up and had an idea for [The Purge] 6. I had this idea… I can flip this thing upside down and we can continue this, maybe, in a way that people can enjoy… I’m actually outlining it right now in between these interviews! If the Movie Gods say, ‘People want to see it’ then we’ll do it. But I always leave it to the audience to tell us if they want more of it. But we’re ready! I have another one if they want it.

Tidak mengejutkan apabila James Blum dan James Demonaco mahu meneruskan francais tersebut ke hadapan. Walaupun filem ini dipromosikan sebagai penamat kepada francais tersebut, perubahan sentiasa boleh dilakukan. Lihat sahaja filem seperti Paranormal Activity: The Ghost Dimension yang dicanang sebagai filem keenam dan terakhir. Selepas itu, tiba-tiba saja ada yang ke tujuh yang bakal terbit tahun depan.

The Forever Purge bakal menemui penonton US pada 2 Julai. Namun, filem ini semestinya boleh dikatakan sebagai filem terakhir francais The Purge. Namun, mungkin dengan kutipan yang memberansangkan, mana tahu jika filem The Purge akan diteruskan ke filem keenam kan?

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan