Scarlett Johansson Tak Pernah Berkeinginan Nak Berlakon Filem Solo 'Black Widow'

 Scarlett Johansson mendedahkan yang dia sendiri sebenarnya tidak pernah mahukan filem solo watak Black Widow. Black Widow sebelum ini pernah muncul di dalam filem-filem MCU sejak dari filem Iron Man 2 dan tidak pernah mempunyai filem solo seperti watak solo yang lain. Namun, selepas kematian watak tersebut dalam Avengers: Endgame, akhirnya Black Widow mendapat filem solo. 

Mungkin filem solo Black Widow dibikin kerana ramai yang berkeinginan untuk menonton kisah latar watak tersebut. Dan semestinya dengan kehadiran filem Black Widow, ramai peminat yang akan menuggu untuk menonton filem tersebut kelak. 

Namun, ramai yang tak tahu Black Widow dibikin selepas filem Endgame kerana Scarlett Johansson tidak mahu lagi berlakon sebagai Black Widow dan filem ini akan menjadi filem penutup yang lebih baik untuk watak tersebut. 

Dalam erti kata lain, pelakon yang pernah membawa watak Lucy itu tidak mahu watak tersebut berpanjangan dalam pelbagai sekuel untuk filem solonya. 

Perkara ini didedahkan ketika Screenrant membuat lawatan ke set filem tersebut:

Post-Civil War felt like a good time to start. We never intended on doing an origin story, I never wanted to do an origin story because I just didn’t want to go back that [far], I wanted to move forward- even though we are going back, but it’ll make sense when you see it.

Kisah filem Black Widow akan berkisar sebelum kejadian dalam Fasa 3 filem MCU. Ianya juga akan membongkar asal usul watak Natasha Romanoff dan juga perjalanan hidupnya sehingga apa yang kita saksikan dalam filem Iron Man 2 dan selepas itu. 

Filem ini akan ditayangkan di laman penstriman Disney+ di USA dan juga pawagam di sana. Penonton Malaysia yang ingin akses filem tersebut di Disney+ Hotstar perlu menunggu 3 bulan daripada tarikh tayangan. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan