Header Ads Widget

Ron Perlman Pinjam Suara Untuk Optimus Primal Dalam 'Transformers 7'

 Filem ketujuh dalam francais Transformers bakal membawakan Ron Perlman sebagai suara kepada watak Optimus Primal. Filem ketujuh yang diadaptasikan daripada animasi Beast Wars: Transformers ini akan memperkenalkan transformers yang baru dari hanya sekadar Autobots dan Decepticons.


Para penonton akan berpeluang mendengar Peter Cullen sebagai Optimus Prime. Namun, filem ini turut akan menampilkan Ron Perlman sebagai Optimus Primal. Sebelum ini, watak Optimus Primal disuarakan oleh Garry Chalk sebelum Ron Perlman mengambil alih watak tersebut untuk siri Transformers: Power of the Primes.

Buat masa ini, ramai yang mengenali Ron Perlman sebagai watak Hellboy dalam francais asal arahan Guillermo Del Toro. Kembalinya pelakon itu dalam memberi suara kepada Optimus Primal semestinya membawa aura yang cukup baik kepada filem Transformers ketujuh ini.

Transformers versi filem dimulakan dengan Transformers pada 2007. Kemudiannya, filem sekuel, Revenge of the Fallen muncul pada 2009 dan diikuti dengan Dark of the Moon pada 2011. Filem keempat Trandformers, Age of Extinction muncul pada 2014 dan diikuti dengan The Last Knight pada 2017.

Pada 2018, filem spin-off yang merupakan soft reboot kepada francais berkenaan, Bumblebee diterbitkan.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments