Header Ads Widget

Penggambaran Filem Terbaru Salman Khan Dan Katrina Kaif, 'Tiger 3' Tertunda Gara-Gara Lockdown

Penggambaran filem sekuel ketiga dalam francais Ek Tha Tiger nampaknya mungkin akan ditunda kerana Covid-19. Filem yang menggandingkan pelakon Salman Khan dan Katrina Kaif itu dirancang akan menjalani penggambaran pada Mac 2021. Namun, selepas Katrina Kaif disahkan positif Covid-19, penggambaran filem itu tertangguh.



Beberapa hari selepas itu, kerajaan negeri Maharashta juga turut mengumumkan 'total lockdown' di negeri tersebut yang menjadi penghalang kepada proses penggambaran. Set penggambaran besar-besaran yang sudah dibina di Goregaon juga kini hampir musnah apabila turut terkena tempias taufan yang melanda negeri tersebut.

Menurut Bollywood Hungama, Aditya Chopra memilih untuk menunda semua proses penggambaran filem berkenaan sehingga semua kru penggambaran mendapat vaksin. Filem Tiger 3 mempunyai bilangan kru sebanyak 300 orang.

Malah, set penggambaran yang dibina kini dirobohkan dan semua penggambaran terhenti berikutan protokol yang harus diikuti. Semestinya pihak penerbit Tiger 3 kerugian jumlah yang besar, tetapi semuanya demi keselamatan kru yang bekerja.

Tiger 3 ialah sekuel ketiga selepas filem Ek Tha Tiger, dan Tiger Zinda Hai. Filem aksi Salman Khan ini turut menampilkan lakonan Emran Hashmi. Filem ini juga turut akan menjalani penggambaran di negara Eropah selepas semua urusan vaksinasi selesai. Menurut perancangan awal, penggambaran di negara Eropah dijadualkan pada Ogos 2021. 

Sumber: Bollywood Hungama



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments