Pengarah 'Happy Death Day' Beri Klu Filem Ketiga Akan Diterbitkan

Pengarah filem pertama Happy Death Day, Christopher Landon memberi klu bahawa filem ketiga Happy Death Day mungkin akan diterbitkan tak lama lagi. Filem yang diterbitkan oleh Blumhouse itu membawa aura Groundhog Days yang mana cukup untuk membuatkan filem tersebut digemari.



Happy Death Day terbit pada 2017 disusuli dengan sekuel, Happy Death Day 2U yang berkisar pasal Tree, seorang pelajar kolej yang mana hidup di dalam time loop yang misteri. Tree juga diburu oleh seorang pembunuh bertopeng yang akan menyebabkan dia mengulangi hari yang sama sekali lagi selepas dia dibunuh.

Filem tersebut berjaya mengutip kutipan USD125 juta seluruh dunia dengan bajet yang kecil sahaja sekaligus membuatkan Christopher Landon dan Blumhouse mencipta francais khas untuk filem tersebut.

Walaupun elemen timeloop dikurangkan dan si fi dilebihkan dalam sekuel Happy Death Day 2U, filem tersebut masih berjaya mencuri tumpuan penonton walaupun kutipannya tidaklah sehebat filem pertama. Sekaligus, ini membuktikan yang Happy Death Day ada peminatnya yang tersendiri. 

Christopher Landon memberi klu kemunculan filem ketiga setelah menjawab salah satu soalan di Twitter. 


Walaupun sekuel ketiga Happy Death Day tidak diumumkan secara rasmi oleh Blumhouse, nampaknya pengarah filem tersebut sudah bersedia dengan ideanya bagi filem tersebut. Malah, Happy Death Day 2U pun sudah memberi klu bahawa kisah filem tersebut masih belum berakhir sepenuhnya.

Buat masa ini, kita mungkin tidak dapat mengetahui sinopsis filem ini. Namun, filem ini akan terbit dalam suatu masa kelak.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan