Pengarah Dedah Skrip Filem Sekuel 'Nobody' Sedang Ditulis


Pengarah filem Nobody, Ilya Naishuller mendedahkan yang skrip untuk sekuel filem aksi lakonan Bob Odenkirk itu kini sedang  ditulis oleh penulis lakon layar asal filem Nobody. Filem yang ditulis oleh pencipta John Wick itu tidak pernah dijangka akan menjadi laku keras. Filem yang menampilkan watak Bob Odenkick sebagai Hutch Mansell ini berkisar pasal seorang lelaki biasa yang menjadi sasaran ketua kartel dadah.


Filem tersebut pada asalnya dirancang untuk ditayangkan pada Ogos 2020. Namun, disebabkan virus korona durjana, filem tersebut dianjak tayangannya ke 2021. Filem tersebut berjaya mengutip USD26 juta ketika tayangannya di US daripada bajet filem tersebut yang berjumlah USD16 juta.

Nobody mendapat pujian positif daripada penonton dan pengkritik lantaran aksi lasak dan juga lakonan bersahaja Bob Odenkirk. Kini, Kolstad menddahkan yang Nobody bersedia untuk mendapat sekuelnya. 

There's plenty of stories that can be told in this world, with the character Hutch. I know that Derek (Kolstad - the writer) has begun work on the sequel... Whether it'll happen, time will tell, but all the necessary seeds have been planted.
Perkara itu didedahkan ketika temubual bersama laman Joblo. Waaupun setakat ini studio penerbit masih belum memberi lampu hijau untuk sekuel, dia sudah bersedia untuk perjalanan seterusnya bagi watak Hutch. 

Nobody boleh dikatakan menggabungkan elemen jenaka Bob Odenkirk dan juga aksi lasak ala-ala John Wick. Semestinya di mana John Wick menjadi penanda aras untuk filem-filem aksi Hollywood, pastinya para penonton mahukan lebih variasi untuk genre aksi sebegitu di masa hadapan.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan