'Matrix 4' Tidak Akan Tampilkan Watak Morpheus Lakonan Lawrence Fishburne

Filem keempat The Matrix diumumkan pada 2019 dan kini sudah siap sepenuhnya. Filem yang masih belum ditayangkan ini membawa kembali pelakon pelakon dari filem asal. Malah, Lana Wachowski kembali menulis dan mengarahkan filem ini. Dengan kembalinya Keanu Reeves, Carrie-Anne Moss, Jada Pinkett-Smith dan ramai lagi, namun mungkin akan ada yang kecewa apabila watak Morpheus tidak akan muncul dalam filem berkenaan.



Sebelum ini, Hugo Weaving juga menyatakan yang para peminat juga tidak akan menyaksikan lakonanya sebagai Agent Smith dalam filem berkenaan. Mungkin dua watak ini begitu ikonik sehinggakan para peminat mengharap watak ini muncul dalam filem keempat The Matrix.

Dalam sebuah temubual mempromosikan filem terbaru Lawrence Fishburne, The Ice Road, pelakon itu menyatakan yang dia sememangnya tidak terlibat dengan penggambaran filem tersebut. 
"I'm not involved, and you'll have to talk to Lana Wachowski, and she'll answer that question for you."
Semestinya bagaimana filem The Matrix 4 akan bercerita tanpa kehadiran Morpheous dan Agent Smith adalah sesuatu yang sukar dijangka. Namun, semestinya lakonlayar filem tersebut sudah bersedia dengan kekurangan watak tersebut dengan penambahan watak baru yang mungkin tidak didedahkan lagi.

Namun, ada ura-ura yang menyatakan bahawa pelakon Yahya Abdul-Mateen II akan melakonkan watak Morpheus muda. Tetapi, perkara ini tidak dapat disahkan lagi. Jika benar, maka dapat dipastikan yang Matrix 4 mungkin akan berkesinambungan daripada versi permainan video yang menyaksikan watak tersebut mati.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan