Marvel Studios Dilapor Mahu Bikin 'Loki' Sehingga 3 Musim

Selepas WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier, para penggemar filem dan komik Marvel akan didedahkan dengan siri terbaru Disney Plus, Loki. Siri yang berkesinambungan dari kejadian di dalam filem Avengers: Endgame itu akan memfokus kepada watak Loki yang mana telah mencuri tesseract dan dibawa ke dimensi lain.

Siri Loki mungkin akan berbeza daripada WandaVision mahupun The Falcon and The Winter Soldier. Malah, setiap siri keluaran Marvel Studios dibikin dengan pelbagai perbezaan yang ketara sekaligus menjadikan setiap siri agak unik.

Menurut sumber WeGotThisCovered yang turut mendedahkan tentang Anthonie Mackie yang bakal berlakon Captain America 4, Marvel Studios dilaporkan cuba untuk membawa kisah Loki sehingga 3 musim lamanya. Namun, jika ianya mendapat sambutan, pastinya lebih dari 3 musim yang akan dirancang.

Jika ini benar, maka kisah Loki pastinya lebih besar dari apa yang dijangkakan. Loki akan berkisar tentang kejadian selepas watak tersebut mencuri Tesseract dan dibawa ke dimensi lain. Di dimensi tersebut, dia dipertemukan dengan sebuah agensi yang dikenali sebagai Time Variance Authority (TVA).

Sumber: Wegotthiscovered



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan