Header Ads Widget

Liam Neeson Terkejut Masih Ditawarkan Filem Aksi Pada Usia 69 Tahun

Liam Neeson bukanlah pelakon yang tidak asing lagi dengan filem aksi. Di usianya yang sudah mencecah 69 tahun, dia sudah berlakon dalam ratusan filem. Semestinya jika mengingati filem lakonannya, Schindler's List arahan Steven Spielberg antara filem ikoniknya yang cukup hebat yang ditayangkan pada 1993. 

Di masa kini, pelakon ini terkenal dengan francais filem aksi seperti Taken yang menaikkan namanya dalam genre aksi. Terbaru, pelakon ini tampil dengan filem The Ice Road yang menyaksikan pelakon tersebut memegang watak seorang pemandu trak yang cuba untuk menyelamatkan pelombong yang terperangkap di dalam lombong.

Dalam satu temubual bersama Entertainment Weekly, pelakon yang cukup dikenali dengan filem aksi ini menyatakan yang francais Taken melonjakkan namanya tanpa disangka. Malah, dia menyatakan yang dia tidak menyangkakan yang dia masih menerima tawaran filem aksi di usia lanjut sepertinya. 

I'm 69! I just turned 69 years of age, and the conversations I have with my agent now are, 'Liam, have you read this script? It's an action script,' and I say, 'Chris, let me ask you this, they do know what age I am, right?' 'Yes, they do.' 'Okay, that's all I want to know, thank you.' That being said, I keep reasonably fit, and you just have to for some of these films. If you're playing the lead in any film, you have the responsibility; you're in practically every scene, it behooves you to be fit. You don't have to look like Arnold Schwarzenegger at the age of 35, but you have to have stamina. So I do my little workouts every day and keep reasonably fit.

Walaupun Liam Neeson terkenal dengan francais filem aksi, pelakon ini juga pernah berlakon dalam filem bergenre drama seperti Silence, Ordinary Love dan juga menyumbang suara untuk filem A Monster Calls. 

Liam Neeson kelihatan masih sesuai untuk watak aksi dengan rupa parasnya dan juga stamina yang mampu menyerlah. Hollywood tidak kisah berkenaan usia tetapi asalkan pelakon itu cukup untuk menampilkan watak yang mampu menaikkan pulangan sesebuah filem. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments