Header Ads Widget

Lagu Tema 'Batman' Tercipta Di Dalam Tandas Kapal Terbang

Tahukah korang yang lagu tema filem Batman arahan Tim Burton mempunyai sejarah yang cukup lucu dan pelik? Lagu tema yang dicipta oleh Danny Elfman itu pernah memenangi Anugerah Grammy dan sekaligus membuatkan filem tersebut gah dengan auranya tersendiri. Lagi tersebut juga ditampilkan dalam filem sekuel Batman Returns pada 1992 dan seterusnya di dalam Batman: The Animated Series.



Dalam satu temubual bersaama Marc Maron untuk podcastnya, Danny Elfman sempat berkongsi bagaimana dia dapat idea untuk mencipta lagu tema Batman tersebut. Idea tersebut dia peroleh di dalam tandas kapal terbang ketika dia pulang dari set penggambaran filem tersebut di London dan menuju Los Angeles.

Tindakannya di dalam tandas membuatkan para pramugari curiga dan pelik dengan tindakannya di dalam kapal terbang itu. 

"I start running in the bathroom [and hum phrases] and I go back to my seat, and I’m thinking, I’m thinking. Ten minutes later, back in the bathroom. And then back to my seat and then back to the bathroom, because I couldn’t do this with the guy sitting next to me.”

Kadangkala, idea sememangnya datang dalam tempat yang tidak pernah didiga. Danny Elfman sememangnya antara pencipta runut bunyi yang cukup terkenal. Penciptaan skor muzik daripada pencipta lagu ini sudah semestinya memberi aura yang cukup luar biasa untuk filem berkenaan.

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments